[Video] Najib dimalukan oleh pemilik restoran ketika berkempen PRN Melaka?

Tular baru-baru ini satu rakaman kelihatan seakan pemilik kedai bertindak menutup kedai apabila melihat kelibat bekas Perdana Menteri Najib Razak mahu singgah di kedai makannya.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Pantai Siring, Melaka dimana Najib dan kumpulannya seakan-akan singgah untuk makan di sebuah kedai, tetapi pemilik kedai bertindak menutup kedai.

Menurut laporan AgendaDaily, selepas dimaklumkan kedai makan tersebut sudah tutup, Najib dan kumpulannya beralih ke kedai sebelah.

Najib dilaporkan berada di Melaka untuk memulakan kempennya bagi membantu UMNO dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

sumber : Gemilang daily