[Video] Tidak Mahu Mengalah Di Laluan Tol, Terhibur Lihat Gelagat 2 kereta ini

Walaupun plaza tol di kawasan bandar menyediakan laluan tol yang mencukupi bagi menampung jumlah kenderaan yang melalui lebuh raya tersebut, namun pelbagai insiden-insiden tetap berlaku di kawasan tersebut.

Terbaru, tular sebuah rakaman video di mana sebuah kereta Toyota Corolla Altis dan Perodua Bezza berebut untuk masuk ke dalam laluan tol yang sama.

Video berdurasi 1 minit 23 saat itu dirakam oleh seorang penumpang lori yang berada di belakang kereta Toyota Altis dan Perodua Bezza tersebut.

Kedua-dua buah kereta tersebut dilihat tidak mahu mengalah, sehingga pemandu lori tersebut bertindak menjadi seorang ‘pengulas trafik’ semasa insiden tersebut berlaku.

“Baler betul, biar dia ini, kita tengok siapa yang terghimpit,” ujar pemandu lori dalam loghat utara sambil diselangi gelak tawa.

Rata-rata pengguna sosial media berkongsikan komen berdasarkan pengalaman mereka sendiri dan pada masa yang sama meluahkan rasa terhibur dengan ‘ulasan’ situasi kejadian oleh pemandu lori tersebut.

Di akhir-akhir video tersebut, kelihatan Perodua Bezza terpaksa ‘mengalah’ memberikan laluan kepada Toyota Altis kerana kereta Bezza telah terperangkap di tengah-tengah tembok pemisah laluan tol itu.

sumber : https://www.thevocket.com/tidak-mahu-mengalah-di-laluan-tol-abang-lori-terhibur-lihat-gelagat-altis-dan-bezza/