[Video] Tok Mat pula kritik PAS, “Entah apa ilmu yang dipakai lebai-lebai ni”

Timbalan Presiden Umno, Mohammad Hassan harini mengkritik PAS dalam kempen pilihanraya Melaka di Melaka.

Beliau berkata, “entah apa ilmu yang dipakai sehingga lebai lebai ni lupa kepada lambangnya, kerana semuanya demi kuasa sahaja”

Menurutnya lagi dalam satu video yang tular di media sosial itu, “Bayangkan tuan tuan satu parti yang taasub kepada lambangnya sanggup guna lambang lain untuk bertanding”

“Oleh itu cukuplah setakat ni hubungan kita, full stop. Kita dah tutup dah. Umno akan bersendirian berhadapan pilihanraya”

Majlis itu dipercayai tertutup untuk ahli petugas BN sahaja.

Sementara itu, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat meluluskan penggunaan lambang Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 November 2021.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan tersebut telah mengambil kira panduan yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama Pas yang bersidang pada 31 Oktober 2021.

“Keputusan ini selaras dengan peruntukan Fasal 84 Perlembagaan Pas,” katanya dalam satu kenyataan