Sebuah klip video yang menjadi viral di media sosial Indonesia memaparkan sepasang pengantin yang memilih untuk memakai pakaian yang sangat ringkas semasa majlis perkahwinan mereka.
Laman berita SindoNews melaporkan, video tersebut dimuat naik dalam akaun TikTok @shandy-gendut.
Berdasarkan rakaman tersebut, pengantin perempuan dilihat memakai gaun berwarna putih, bertudung coklat, dan berseluar hitam semasa majlis perkahwinan mereka.
Pengantin lelaki pula hanya memakai baju kemeja putih dan seluar berwarna krim. Selain itu, mereka juga tidak mengenakan solekan yang berlebihan semasa majlis perkahwinan itu.
Walaupun pakaian mereka serba ringkas, majlis perkahwinan tersebut tetap berlangsung meriah dengan acara seperti melempar bunga pengantin dan tarian yang diadakan di hadapan para tetamu.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Walaupun kahwin sekali seumur hidup, paling penting tidak berhutang selepas majlis,” komen seorang netizen.