Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan Malaysia mengesakan kes baharu mpox atau cacar monyet clade II membabitkan warga tempatan yang disahkan menghidap jangkitan itu, semalam.
Radzi berkata pesakit itu antara 58 kes disyaki mpox yang dirujuk ke bilik gerakan di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan yang diaktifkan sejak 16 Ogos lalu.
Menurutnya, kes itu disahkan semalam membabitkan seorang lelaki tempatan yang mula menunjukkan gejala demam, sakit tekak, dan batuk pada 11 September, manakala ruam mula muncul pada keesokan harinya.
“Pesakit tiada sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul, kini sedang dalam isolasi dan berada dalam keadaan stabil.
Semua kontak bagi pesakit sedang dikenal pasti dan status kesihatan mereka akan dipantau mengikut tatacara kendali piawai (SOP) semasa yang ketat,
katanya dalam kenyataan.
Sejak Julai lalu, semua 10 kes di Malaysia sejak 26 Julai tahun sehingga kini adalah daripada clade II sahaja.
Muhammad Radzi turut menasihatkan individu berisiko tinggi yang bergejala mpox seperti demam, bengkak kelenjar limfa dan ruam/lepuh perlu segera mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di kemudahan kesihatan terdekat.
“Elakkan bersentuhan secara langsung dengan individu disyaki atau disahkan dijangkiti mpox termasuk hubungan seksual dan mengamalkan kawalan kesihatan kendiri seperti mencuci tangan
menggunakan air dan sabun atau cecair pembasmi kuman,” katanya.
Pada 14 Ogos lepas, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam global yang menjadi kebimbangan antarabangsa.