VVIP Malaysia mengeluh hadap 9 jam traffic jem dari Pinang ke Selangor

Bagi rakyat biasa, hadap traffic jem bukan lagi perkara yang tidak biasa. Setiap pagi tanpa henti ulang alik pergi kerja menempuh perjalanan dengan kereta yang bersusun banyaknya sudah jadi kebiasaa.

Semalam, seorang ahli politik negara memahami perasaan rakyat kebanyakan selepas turut mengalami peritnya tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.

Menurut Oriental Daily, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengalami pengalaman yang sering dirasai oleh kebanyakan rakyat Malaysia ketika dia terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama 9 jam pada Sabtu lalu.

Chow, yang memandu sendiri dari Selangor ke Pulau Pinang, terlepas dua acara penting akibat kelewatan tersebut.

Menurut laporan Oriental Daily, Chow memulakan perjalanan dari Selangor pada pukul 2 petang dan tiba di Pulau Pinang selepas jam 11 malam.

Ini menyebabkan beliau terlepas sambutan Pesta Pertengahan Musim Luruh di Tokong Batu Kawan yang sepatutnya dihadiri pada pukul 7 malam, dan juga majlis ulang tahun ke-105 Persatuan Cina di Dewan Perbandaran Pulau Pinang pada pukul 9 malam.

Chow turut akui bahawa pengalaman ini amat mengecewakannya dan turut bersimpati dengan rakyat Malaysia yang sering terperangkap dalam situasi serupa.

Beliau menyeru kerajaan supaya meneliti masalah kesesakan lalu lintas yang semakin memburuk di lebuh raya, terutamanya semasa cuti panjang.

Walaupun Ketua Menteri Pulau Pinang ini baru sehari menghadapi kesesakan lalu lintas, bayangkan perasaan majoriti rakyat Malaysia yang selama ini perlu berhadapan dengan pengalaman ini apabila mahu pulang ke kampung halaman.

Kesesakan lebuh raya ini bagi kebanyakan rakyat Malaysia adalah satu perkara yang biasa dan sepatutnya sudah lama menjadi perhatian mereka yang mempunyai kuasa.

Persoalan kini adakah pengalaman Chow ini akan mendorong perubahan yang lebih besar terutamanya dari segi polisi dan usaha pihak berwajib untuk mengurangkan beban pengguna jalan raya.

baca: Individu dakwa pernah ‘dipinjam’ nenek tua ketika usia 6 tahun, kini muncul semula dalam mimpi tuntut janji