Wah! Rupanya ikan termahal dalam dunia ini hanya hidup di perairan Sarawak sahaja..

Ikan termahal ini dikenali sebagai empurau liar yang hanya boleh ditemui di hulu sungai Sarawak.

Habitatnya memerlukan air yang sejuk, berarus deras dan juga sungai yang bersih.

Harganya dianggar RM1800 sekilo menjadikan ia antara ikan termahal di Malaysia.

Bagi ikan empurau yang diternak sendiri harganya lebih rendah namun bergantung pada saiz ikan berkenaan.

Namun lain pula harganya di Sarawak yang dijual di antara RM800 – RM1000 sekilogram.

Antara sebab permintaannya yang tinggi adalah kerana ikan ini amat sukar untuk ditangkap dan ditemui.

Ikan ini juga memakan buah-buahan sungai seperti ‘engkabang’ kerana itu daging dan lemaknya mempunyai aroma yang tersendiri apabila dimasak.

Baca juga: Mati sebelum sempat disembelih, netizen khuatir itu daging bangkai ke daging korban..ini penjelasan mufti