Wah! Senang kerja bila tahu petua betul cuci periuk stainless steel, boleh simpan bertahun-tahun

Periuk seperti keluli tahan karat atau pun stainless steel sememangnya menjadi pilihan ramai wanita di negara ini kerana ia amat mudah untuk digunakan malah lebih tahan lama.

Namun, sayang andainya periuk yang dikategorikan sebagai premium ini dibiarkan rosak begitu sahaja.

Sekiranya pandai, periuk sebegini akan kekal bertahan berpuluh tahun dan dapat diwarisi kepada anak cucu.

Mari kita lihat beberapa larangan penting dalam penjagaan periuk stainless steel yang telah dikongsi oleh Angeline Tyy di Facebook.

Pertama, elakkan menggunakan berus besi serta sebarang cecair kimia atau berasid seperti:

1) Asam

2) Jus nanas atau limau

3) Cuka

4) Serbuk penaik

5) Minuman berkarbonat

6) Garam

Bahan-bahan ini dapat merosakkan kesan berkilat pada permukaan periuk stainless steel. Apabila kesan berkilat menjadi kasar, kotoran akan lebih mudah melekat.

Seterusnya, mari kita ikuti langkah-langkah untuk membasuh periuk stainless steel dengan betul:

1. Selepas memasak, rendam periuk stainless steel dalam air, kemudian buangkan air tersebut.

2. Lapkan segala minyak, kotoran, atau sisa makanan yang melekat pada periuk menggunakan tisu dapur.

3. Kemudian, basahkan pad hijau menggunakan detergen dan sental periuk tersebut.

4. Akhir sekali, lap periuk hingga kering dan simpankan ia. Tadaa! Periuk kekal berkilat walaupun tidak disental menggunakan dawai besi.

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Tergamam bila ‘technician’ mintak RM12,715 lepas betulkan elektrik, rupanya ada sebab lain..