Walau dibasuh tiga kali sangat mustahil bagi seekor katak di dapati masih hidup dalam bungkusan bayam, ini.
Membeli barangan basah seperti sayur ikan mahupun ayam, pasti korang perasan yang dilabel “organik” dan biasanya akan dijual dengan harga lebih mahal.
Selain tidak menggunakan sebarang baja dan racun, ada yang memilih untuk bahan organik kerana ianya lebih segar dan ‘selamat’.
Walaupun kualiti bahan organik dan barangan yang dijual di pasar raya ini sentiasa berada dalam keadaan terbaik, kadangkala akan terlepas satu atau dua produk yang bermasalah.
Seorang wanita dari Michigan, Amber Worrick yang sedang melakukan rutin mingguannya membeli barangan dapur apabila anaknya menjerit gara-gara ada ‘bahan’ lain dalam bungkusan bayam mereka.
Wanita berkenaan berkata dia mendengar jeritan anak perempuannya selepas membawa pulang sepaket bayam organik dari salah sebuah pasar raya di sana.
Amber terus memeriksa bungkusan sayuran berkenaan dan mendapati terdapat seekor katak yang masih hidup di dalam bungkusan bayam tersebut.
Malah dia tidak melihat haiwan berkenaan semasa mengambilnya dari rak dan pada masa yang sama tidak pula merasakan sebarang pergerakan pada bungkusan bayam yang diambilnya itu.
Amber telah memulangkan semula bayam berkenaan dan mendapat refund penuh terhadap pembeliannya tersebut.
Syarikat pembekal bayam pula menegaskan amalan pertanian organik mereka membantu mempromosikan biodiversiti dan ekosistem yang sihat di dalam dan sekitar ladang syarikat milik mereka.
Dalam masa yang sama, mereka mendakwa usaha yang berterusan akan dijalankan bagi membekal sayuran yang segar dan berkualiti tinggi buat para pengguna.
Namun, menurut Amber syarikat berkenaan menjanjikan bahawa produk mereka telah dibasuh sebanyak tiga kali.
Jadi ianya agak mustahil sekiranya selepas tiga basuhan yang didakwa syarikat tersebut, katak tersebut masih selamat dan ada dalam bungkusan.