Sebuah berita yang mengejutkan AirAsia serta pelabur saham apabila harga saham syarikat AirAsia melonjak dengan pentas awal pagi tadi sebanyak 13.5sen atau 16.56% kepada 95sen awal pagi tadi.
Difahamkan lonjakan harga saham yang meningkat ini berpunca daripada pelaburan yang dibuat oleh seorang pemain poker popular di Hong Kong iaitu Stanley Choi Chiu Fai dengan jumlah pelaburan sebanyak RM114.46 juta dalam menguasai saham AirAsia sebanyak 8.96%.
Menurut AmInvestment Bank Research, pelaburan Choi selaku pelabur pasif AirAsia ini dilihat sebagai satu tanda positif saham AirAsia akan kembali berada di landasan selepas jatuh teruk angkara COVID-19.
Bukan sahaja AirAsia antara kaunter yang aktif didagangkan, AirAsia X turut menerima nasib yang sama selepas kembali menjadi pilihan para pelabur saham pada awal minggu ini.
Melihat kepada vaksin COVID-19 yang sudah mulai sampai Malaysia dan program vaksin bakal bermula tidak lama lagi, berkemungkinan orang ramai akan mulai selesa untuk travel kembali menggunakan perkhidmatan AirAsia. Menurut WHO, pandemik ini dijangka bakal berakhir seawal 2022 berdasarkan situasi semasa.