Walaupun sedikit tercalar tapi roti canai tetap dalam ranking terbaik dunia

Walaupun sedikit tercalar apabila kedudukannya kini jatuh ke tempat dua dipintas pan de bono dari Colombia tetapi roti canai dari Malaysia tetap berada dalam ranking terbaik dunia,

Namun, siapa menyangka bahawa roti canai yang menjadi menu sarapan kesukaan rakyat Malaysia tersenarai dalam carta roti terbaik dunia?

Jika anda masih ingat lagi, sebelum ini roti canai pernah mengungguli tempat pertama dalam carta roti terbaik dunia mengalahkan 49 jenis roti dari beberapa negara lain.

Ketika itu roti canai telah diberi penilaian 4.9 daripada 5, setaraf dengan pan de bono dari Colombia yang berada di tempat kedua carta, menjadikan kedua-duanya sebagai roti terbaik di dunia.

Dalam carta itu sebelum ini, Malaysia melalui roti canai turut berjaya mengalahkan India yang popular dengan hidangan roti naan serta pastri terbaik dunia, Eropah.

Walau bagaimanapun, rekod juara roti canai itu nampaknya sedikit ‘tercalar’ apabila kedudukannya kini jatuh ke tempat dua dipintas pan de bono dari Colombia.

Roti canai kini menduduki tangga kedua roti terbaik di dunia dengan penilaian 4.8 daripada 5 di bawah pan de bono yang meraih penilaian 4.9.

Namun begitu, roti canai dianggap masih cemerlang kerana ia berada di atas roti butter garlic naan dari India (tempat ketiga) dan roti nan-e barbari dari Iran (keempat) yang masing-masing berkongsi penilaian 4.8 daripada 5.

Manakala roti pão de queijo dari Brazil menduduki tangga kelima roti terbaik dunia dengan penilaian 4.7.

Menurut Taste Atlas lagi, hidangan berasal dari ibu kota Perancis Paris iaitu roti Baguette menduduki tempat keenam dengan penilaian 4.6.

Manakala ‘kembar roti canai’ iaitu roti naan dari India dicatatkan pada tempat ketujuh bersama roti piadina romagnola dari Itali di kedudukan kelapan, roti marraqueta dari Chile di tempat kesembilan dan pan de yuca dari Colombia di tempat ke-10.

Kesemua roti itu masing-masing mendapat pungutan nilai sebanyak 4.6 daripada 5.

Sebelum ini menerusi Taste Atlas melaporkan roti canai Malaysia mendahului senarai roti terbaik di dunia pada awal September lalu.

Perkara ini jelas menunjukkan hidangan sarapan terkenal negara ini dipandang tinggi di seluruh dunia dengan mengalahkan pesaing lain yang lebih ‘gah’ dengan reputasinya.

Secara tidak langsung ia mengangkat imej Malaysia di persada dunia.

Baca juga: ’30 meter dari pintu tandas dah meruap baunya’, Masjid Rusila didakwa kotor sampai geli nak masuk