Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa bank pusat dan semua bank termasuk cawangan-cawangannya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dibuka serta beroperasi seperti biasa esok.
“Sehubungan itu, urus niaga pasaran kewangan dalam pasaran pertukaran asing, pasaran wang dan pasaran bon melalui kaunter juga akan terus beroperasi pada hari itu,” kata bank pusat dalam satu kenyataan.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengisytiharkan Jumaat sebagai cuti umum di Wilayah Persekutuan bagi meraikan kemenangan KL City FC pada Piala Malaysia buat kali pertama sejak 32 tahun.
sumber : Berita Harian