Kecoh semalam di media sosial apabila berlaku ‘peperangan’ di laman instagram Mufti Perlis, Dr Maza. Mufti Perlis dalam hantarnnya di Insta menyebut Anwar selaku Perdana Menteri mengambi risiko besar untuk dirinya sendiri dalam isu palestin. Berikut merupakan hantaran asalnya:-
“Saya hadir ke majlis ini. Saya mendengar ucapan YAB PMX. Saya berpendapat beliau telah mengambil risiko yang besar untuk dirinya, bahkan politiknya demi isu ☆☆☆☆☆tin. Jika ia satu lakonan politik, pasti ia bukan lagi sesuatu membawa laba yang banyak.”
“Saya percaya, dari kenyataan-kenyataan yang sangat tegas dan jelas itu, itu datang dari diri beliau. Allah lebih mengetahui segalanya. Itulah andaian saya yang tidak terlibat dengan parti politik sesiapa. Pemimpin-pemimpin gerakan Islam yang tidak memegang tampok kuasa sahaja yang biasanya bercakap demikian.”
Namun Wan Fayhsal yang tidak setuju dengan Dr Maza menuduh “terlalu cepat kamu menghukum dan menghakimi Gerakan Islam sebegiturupa wahai Mufti. Kita tidak pertikai malah menyokong perkara baik yang PMX buat untuk P4lestin. AKAN TETAPI masih ada ruang syubhah yang wajar ditilik dengan lebih cermat khusus berhubung penjualan saham MAHB kepada proZionis Blacrock…”.
Namun Dr Maza membalas dengan “lain yang dicakap, lain pula yang saudara faham. Saya kata kelantangan yang seperti itu biasanha gerakan islam sahaja yang bernai ungkap..”
Namun hantaran Wan Fayhsal itu telah dipadam bila diperiksa semula.
Baca: Baru tahu rupanya ikan frozen lebih bernutrisi, tak risau ikan busuk kalau berminggu dalam peti