Wanita 8 anak saman suami sendiri, dedah mahu nafkah RM133.07 juta sebulan

Seorang wanita di wilayah Sichuan, China, memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap suaminya setelah mengetahui bahawa lelaki itu telah sah berkahwin dengan wanita lain.

Wanita berusia 33 tahun itu telah menjadi isteri kepada lelaki berusia 61 tahun selama hampir 10 tahun setelah mereka berkenalan melalui pertemuan dalam talian.

Pasangan yang identitinya tidak didedahkan itu kemudian dikurniakan dengan lima orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan.

“Dia memberitahu saya bahawa dia bujang, jadi perkahwinan kami sah,” kata wanita itu.’

Melalui media sosial, wanita tersebut memaparkan sijil perkahwinan mereka pada tahun 2015. Selain itu, beliau turut berkongsi sijil kelahiran anak-anak mereka yang dilahirkan oleh seorang ibu tumpang di Amerika Syarikat (AS).

Wanita tersebut mendakwa lagi, dia dan suaminya telah menghabiskan jumlah sebanyak 10 juta yuan (RM6.65 juta) untuk melibatkan kaedah ibu tumpang dalam usaha untuk mempunyai anak.

Bagaimanapun, wanita itu terkejut apabila mendapati suaminya sudah berkahwin dengan wanita lain.

Wanita tersebut kini telah mengemukakan tuntutan mahkamah untuk memperoleh nafkah bulanan sebanyak 200 juta yuan (RM133.07 juta) daripada suaminya.

Baca juga: “12 tahun kahwin isteri tiba tiba mintak cerai, esoknya dia terus tinggalkan kami anak beranak rupanya sebab dah ada kekasih baru”