Wanita ambil lebih banyak masa ketika isi minyak berbanding lelaki. Tapi tidaklah semua wanita melakukan semua ini, ada juga yang isi minyak dan teruk bergerak.
Ini mungkin pandangan individu, namun tidak semua wanita yang melakukan langkah di bawah. Kadangkala wanita lebih sedia sebelum mengisi minyak kerana bimbang keselamatan diri di sebabkan kes samun yang kerap berlaku.
4 Cara LELAKI isi minyak kereta (5minit)
- Sampai stesen minyak matikan enjin, tarik tuil untuk buka penutup minyak.
- Keluar kereta tutup pintu terus berjalan pergi kaunter bayaran sambil keluarkan duit dan toleh pandang nombor pam.
- Lepas bayar, kembali ke kereta terus ke pam, angkat nozzle, buka penutup tangki, hulur muncung nozzle dalam tank, picit, lock dan tinggal.
- Lepak-lepak jap, nozzle berhenti, Simpan balik ke tempatnya, tutup tank dan bergerak.
13 Cara WANITA isi minyak kereta (20minit)
- Sampai stesen minyak matikan enjin, cari dompet dalam beg tangan.
- Keluar kereta tutup pintu terus berjalan pergi kaunter bayaran.
- Patah balik ke pintu besar atau terjenguk-jenguk melihat ke luar sebab terlupa tengok pam nombor berapa
“Oooo pam nombor 5” - Lepas bayar, kembali ke kereta. Buka pintu semula sebab simpan purse dulu.
- Tutup pintu kereta semua. Bergerak nak buka penutup tangki. Opppss! Terlupa tarik tuil penutup tangki.
- Patah balik buka pintu kereta, tarik tuil dulu. Pergi balik, tengok-tengok penutup tak terbuka lagi.
- Silap, tadi tarik tuil nak buka bonet belakang rupanya. Pergi tutup bonet dulu. Patah balik tarik tuil tangki. Kali ni baru betul.
- Pulas buka penutup tangki. Cari tempat nak letak tudung penutup tadi. Akhirnya letak atas bumbung. Pergi pam, angkat nozzle, hulur muncung nozzle dalam tank, picit, lock dan tinggal.
- Sambil tunggu minyak diisi, terpandang cermin tingkap belakang. Boleh betulkan tudung yang sikit terpenyek.
- Nozzle berhenti. Angkat simpan ke tempatnya semual.
- Nak tutup tank, terlupa penutup letak kat mana. Cari melilau.
“Oooo ada atas bumbung kereta rupanya”. - Ambil pulas sampai ketat. Tutup, masuk kereta, jalan.
Namun ini tidaklah mengambar semua individu. Kalau dah nak cepat, tiada masa yang dibuangkan seperti langkah yang ditunjukkan.