Terhibur, wanita beratur dua jam nak buat swab test, tapi tersilap beratur dekat gerai ayam panggang

Baru-baru ini di Hangzhou, kisah seorang wanita beratur dua jam untuk buat swab test, tetapi tersilap beratur di gerai ayam panggang, mencuit hati netizen di negara itu.

Wanita yang berasal dari China itu dikatakan mahu melakukan ujian saringan Covid-19, namun tidak menyedari bahawa barisan panjang yang disertainya adalah barisan orang ramai beratur untuk membeli ayam panggang.

Memetik daripada petikan Mothership, wanita ini bangun seawal pagi untuk mendapatkan ujian saringan tersebut. Pada hari berkenaan, dia melihat barisan yang panjang berhampiran hospital dan tanpa memikirkan hal lain, dia terus beratur di belakang.

Terdahulu, kerajaan China telah mewajibkan penduduknya untuk menjalani ujian swab di seluruh negara selepas peningkatan semula kes Covid-19 di negara itu sejak kebelakangan ini.

Selepas hampir dua jam dalam barisan, dia menyedari sebaik saja tiba gilirannya bahawa orang ramai yang beratur panjang tadi bukan untuk mengambil ujian swab tetapi untuk membeli ayam panggang.

Memandangkan penat beratur panjang, dia mengambil keputusan untuk membeli dua set ayam panggang tersebut dan terus pulang ke rumah.

Rata-rata warganet terhibur dengan kejadian yang dianggap lucu kerana tujuan utama wanita itu tidak tercapai tetapi dia mungkin mendapat sesuatu yang dia mahukan tanpa disedari.

Tak kurang juga ada yang terliur dengan keenakan ayam panggang yang dibelinya itu memandangkan ramai yang beratur untuk mendapatan makanan ini.

Sumber: Mothership

Baca juga: https://themalaysialife.com/terawih-sudah-dibenarkan-mari-buat-stok-pati-kurma-untuk-kekal-bertenaga/

Baca juga: https://malaysiadateline.com/lim-kit-siang-seorang-berprinsip-setiakawan-dan-pemikiran-tajam-dalam-politik/