Wanita bersanding seorang diri gara-gara lelaki tak mampu bayar jurusolek lalu cabut lari

Wanita bersanding seorang diri gara-gara lelaki ini tak mampu bayar jurusolek lalu cabut lari. Tular sebelum ini wanita bersanding seorang diri gara-gara bakal suami tidak muncul di hari pernikahan mereka.

Pengantin lelaki didakwa telah melarikan diri dan sejak daripada itu, langsung tiada khabar berita mengenai dirinya.

Namanya Gandi, akhirnya membuka mulut dan menceritakan punca sebenar mengapa dia tergamak meninggalkan bakal isterinya sendirian di majlis perkahwinan mereka tempoh hari.

Gandi akui dia sangat menyayangi bakal isterinya itu dan sebenarnya dia sendiri tidak sanggup meninggalkan wanita yang dicintainya itu sendirian di majlis kahwin tetapi keadaan yang memaksa dia berbuat demikian.

Dia pernah berpesan kepada bakal isterinya itu supaya tidak menggunakan perkhidmatan jurusolek yang mahal namun keluarga pengantin perempuan dikatakan telah memanggil jurusolek yang mengenakan upah yang lebih mahal.

Gandi memberitahu tiga hari sebelum majlis bahawa dia berhasrat untuk membatalkan resepsi tersebut namun atas saranan orang tua, majlis tersebut tetap berlangsung.

Ibu bapa Gandi juga mencadangkan supaya dia menggadaikan motosikal untuk perbelanjaan majlis perkahwinannya itu.

Menurut Gandi, dia kini sedang berusaha keras mengumpul wang untuk membiayai kos majlis tersebut yang sebelum ini dibiayai oleh keluarga pengantin perempuan.

“Saya akan berusaha menggantikan wang tersebut kerana sekiranya tidak diganti, ibu bapa aku akan dipenjara. Itu perjanjian yang sudah ditandangani,”katanya.

Baca juga: Kisah sedih Ma’ali, seekor gajah berusia 43 tahun mati kerana hidup sunyi dalam kandang