Wanita bertatu pernah dibantu kini kembali ke imej asal-Ebit Lew sedih jalan dipilih Mondy

Siapa tidak kenal dengan wanita yang penuh tatu di badan malah di dalam mata, seorang ibu tunggal yang tinggal dijalanan ketika dia berada di Indonesia

Pernah tular video pendakwah terkenal, Ebit Lew memberikan bantuan kepadanya juga membantunya berniaga ketika wanita terbabit datang ke Malaysia.

Selepas dua bulan, Mondy telah memuat naik video di TikTok miliknya di mana memaparkan dirinya sudah kembali ke imej asal beliau tidak bertudung.

Mondy memuat naik video tersebut selepas dipersoalkan netizen kerana dia telah kembali ke imej asal dan pelik kenapa netizen mahu sibuk dengan kehidupannya.

Perkongsiannya itu telah meraih perhatian orang ramai dan segelintir netizen sudah menjangkakan hal ini terjadi kerana dilihat Mondy seolah-olah tidak ikhlas mahu berubah sebelum ini.

Malah, ada juga mempersoalkan tindakan Mondy dan mengatakan pasti Ebit Lew akan sedih melihat jalan yang dipilih Mondy.

Dalam pada itu, segelintir netizen berkata jika seseorang mahu berubah ke arah lebih baik perlulah ikhlas dan bukan disebabkan orang lain.


Baca juga: Tiara Candy sangat menggila, Achey syukur ‘sold out’ dalam satu jam