Wanita cetus kontroversi, kahwini diri sendiri

  • Post author:

Wanita cetus kontroversi, kahwini diri sendiri. Seorang wanita di India telah mencetuskan kontroversi kerana mengatakan dia merancang untuk berkahwin dengan dirinya sendiri.

Munurut BBC, dia mengelar tindakannya sebagai ‘sayang diri sendiri’ atau love yourself. Kshama Bindu, 24, berkata dia juga merancang untuk pergi berbulan madu selama dua minggu.

“Ramai orang memberitahu saya saya seorang yang hebat. Saya memberitahu mereka, saya juga jatuh hati dengan diri saya sendiri. 

“Ini adalah cara saya untuk menunjukkan bahawa saya menerima semua bahagian yang berbeza dalam diri saya, terutamanya diri saya yang saya cuba nafikan atau kelemahan saya,” 

“Bagi saya, perkahwinan ini benar-benar satu tindakan penerimaan diri yang mendalam,”tambahnya.

Bindu akan menjalani semua upacara tradisi perkahwinan Hindu pada 11 Jun seperti yang biasa dijalankan cuma tanapa kehadiran pengantin lelaki.

Upacara pra-perkahwinan, seperti Haldi dan Sangeet, akan diadakan pada hari yang sama. Dia berkata ini akan menjadi perkahwinan solo pertama negara itu, juga dikenali sebagai ‘sologami’.

Dia memberitahu BBC bahawa majlis itu akan dihadiri oleh rakan dan keluarganya. Ibunya sangat terbuka dan menerima perkahwinan tersebut. 

Bindu berkata ibu bapanya hanya mahukan yang terbaik buat dirinya, jika dia gembir maka mereka akan turut gembira dengan keputusan tersebut.

“Ibu saya berkata, ‘Oh, anda sentiasa memikirkan sesuatu yang baru’. Tetapi ibu bapa saya, yang sangat terbuka, mengambilnya dengan tenang. Mereka berkata, ‘Selagi ia menggembirakan anda, kami baik-baik saja dengannya’.”

Baca Juga: Johnny Depp: ‘Juri mengembalikan hidup saya’

Baca Juga: Datang Melaka makan ‘fast food’? Lemah! Ini senarai 7 kedai wajib singgah di bumi Hang Tuah