Seorang wanita yang mempunyai kening terbesar di Britain, mendakwa dirinya diancam oleh orang awam yang mahu melaporkan dia kepada perkhidmatan sosial kerana wajahnya yang terlalu menonjol disebabkan keningnya itu.
lapor Akhbar The Sun UK, wanita berkenaan, Sammie-Jo Hailford, 27, mula mengenakan celak air untuk membesarkan keningnya tahun lepas yang kini bersaiz separuh daripada dahinya.
Wanita yang mempunyai lebih 75,000 pengikut di laman TikTok itu berkata, dia telah diganggu di media sosial dan ditertawakan ketika keluar berjalan kerana saiz keningnya.
Bahkan orang ramai yang menemuinya sering mengatakan dia tidak sepatutnya menjadi ibu selain mahu melaporkan perkara itu ke bahagian perkhidmatan sosial.
“Oang ramai kata saya tak sepatutnya menjadi ibu. Ia menjadi sangat melampau di Internet.
“Kening saya tidak menentukan sama ada saya seorang ibu yang baik atau tidak. Ia satu perasaan hebat memiliki kening terbesar di Britain,” katanya.