Kisah menabung hingga membuahkan hasil yang lumayan ini pasti menarik minat sesiapa sahaja dek kerana proses untuk menempuhinya yang sukar.
Itu yang dikongsikan oleh seorang pengguna facebook, Noir Ida Johnny yang berjaya menabung bersama suaminya.
Keseluruhan wang yang dikumpul berjumlah RM27,700 sepanjang tahun 2022.
“Miss Kitty bersama suami menabung duit RM20, RM50 dan RM100 selama satu tahun 2022. Kumpul duit ini sebanyak Rm27,700 untuk dua tin tabung. Tahun depan kita sambung lagi menabung,” katanya pada kapsyen hantarannya itu.
“Shidi Haiqal boleh buat macam ni mula 1 Januari 2023. Tak apa bagi ja tunai setiap hari, sayang tolong simpan,” seloroh DQ Aiyeen pula.
“RM76 satu hari, RM532 seminggu, RM2128 sebulan itu pun baru RM25,536. Bersemangat semua,” seorang lagi netizen yang cuba membuat kira-kira.
Ramai juga yang mengajak pasangan masing masing untuk menabung di ruangan komen. Anda bagaimana?