Seorang lelaki bukan sahaja menanggung kerugian akibat disamun malahan menempuh detik malang apabila teman wanitanya dipaksa melakukan seks oral dalam kejadian di sebuah bilik hotel di Taman Seputeh pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang ketika pasangan kekasih tersebut berada dalam bilik hotel berkenaan.
“Mangsa berumur 65 dan teman wanitanya yang berumur 54 tahun itu didatangi empat individu tidak dikenali dan menyamun kedua-dua mereka.
“Salah seorang dari empat suspek tersebut telah memaksa teman wanita mangsa menghisap kemaluannya sebelum melarikan barang-barang berharga milik mangsa dan teman wanitanya itu,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Mengulas lanjut, Anuar berkata, anggaran kerugian dialami mangsa sebanyak RM10,000.
“Antara yang disamun adalah telefon bimbit, cincin emas, kad ATM dan beberapa barangan lain.
“Mangsa dan teman wanitanya itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/377C Kanun Keseksaan,” katanya.
https://www.sinarharian.com.my/article/137782/BERITA/Semasa/Dipaksa-buat-seks-oral-sebelum-samun