Wanita guna visa pelancongan untuk buat Haji dikecam netizen

Wanita guna visa pelancongan untuk buat Haji dikecam netizen. Tular di media sosial mengenai seorang wanita yang dilihat bangga menceritakan pengalamannya memasuki tanah haram Mekah untuk tujuan menunaikan Haji dengan cara menipu.

Ini berikutan wanita itu didakwa menggunakan jalan pintas iaitu Visa Pelancong dan bukannya Visa Furada yang ditetapkan kerajaan jika tidak menggunakan agensi Tabung Haji.

 

Perbuatan itu sekaligus telah melanggar undang-undang kerajaan Mekah dan akan menyusahkan jemaah Haji Malaysia yang akan menunaikan rukun Islam itu di kemudian hari jika tertangkap oleh pihak imigresen Tanah Haram itu.

Dalam hantaran panjang lebar perjalanan wanita itu yang kemudiannya ‘lenyap’ setelah menerima kecaman daripada netizen, dia ada menceritakan pengalaman ditahan oleh pihak berkuasa Mekah malah turut memberi tips untuk ‘menipu’ pula.

Tidak takut menipu di tanah suci

Menjengah ke ruangan komen, netizen berasa hairan dengan sikap wanita berkenaan yang seolah-olah ketakutan meskipun pergi ke Mekah dengan tujuan asal untuk menunaikan ibadah.

Kata netizen, tidak perlu takut jikalau memasuki negara orang dengan permit Haji yang sah dan wanita itu mengakui mereka memasuki negara itu dengan hanya menggunakan visa pelancong.

Ia sekaligus mengundang kritikan dan ramai netizen mempersoalkan keberkatan ibadah yang dilakukan berikutan tindakan wanita itu yang menipu dan memperdaya pihak berkuasa ketika berada di Tanah Suci Mekah.

“Kita kan masih di waktu pandemik. Ada sebab la Saudi hadkan jemaah. Menjaga keselamatan nyawa itu penting. Tak dapat visa haji, janganlah datang buat haji. Tahun depan InsyaAllah ada kalau dah memang rezeki.” komen netizen

Baca Juga: Lelaki basuh perut lembu guna mesin basuh, jimat masa

Baca Juga: Lembu mengusap-usap tuannya kali terakhir sebelum dikorban undang sebak netizen