Seorang wanita berusia 21 tahun di Seoul mendedahkan pengalamannya dengan alahan sambil berseloroh dalam video di TikTok dan Instagram (IG), menyatakan bahawa dia kini mempunyai 37 cara baharu untuk ‘mati’.
Joanne Fan, yang juga seorang content creator kemudian menyusun senarai bahan makanan yang membuatkannya mengalami alahan dan menghadapi masalah ekzema dengan serta merta.
“Saya hanya mengatakan 37 alahan kerana ia adalah nombor kegemaran saya, tetapi realitinya lebih banyak,” katanya lagi.
Dia sekali lagi memeriksa alahannya melalui ujian di klinik pada bulan lalu dan mengenal pasti beberapa alahan baru.
“Sesetengah buah yang saya tidak sangka saya alah menunjukkan reaksi pada ujian seperti limau gedang,” kata Fan.
Videonya meraih jutaan tontonan di TikTok dan IG.
“Saya bergurau bahawa saya mempunyai cara baharu untuk mati dalam video untuk melihat keadaan saya,” katanya dengan mendedahkan dia sebenarnya tidak tertekan dengan alahannya.
Melalui salah satu video di Instagram (IG), Fan menjelaskan cara dia menjamah makanan di restoran dan kedai makan di pinggir jalan.
“Saya dapat rasa panas sebelum (kulit) menjadi merah,” katanya dipetik The Post.
“Ia biasanya bermula dalam masa 10 minit selepas makan sesuatu yang saya alah dan saya akan mula menggaru atau mendapati diri saya menjadi sangat panas.
“Bahagian yang paling sukar adalah bagaimana ia memberi kesan kepada ekzema saya dan bukannya diet saya, orang melihat saya dan mereka seperti, “Apa yang berlaku pada muka awak? Kenapa merah sangat?.
“Alahan teruk tahun ini, dan ia benar-benar menjejaskan keyakinan saya,” tambahnya.
Baca juga: Ini ‘trick’ mudah nak putihkan papan pemotong yang berkerak, barulah ‘berselera’ sikit nak memasak