Tiada wanita di dunia yang nak pegang status “J” atau lafziyahnya “janda” dalam hidupnya. Wanita berstatus ini sering dikaitkan dengan kemusnahan rumahtangga orang lain atau orang ketiga.
Tapi wujud juga dalam istilah famous sekarang iaitu ‘penyondoI’ dari kalangan anak dara. YA!!! anak dara tua. Mungkin desperate sekali nak bersuami sampai impikan suami wanita lain???!!!
Assalamualaikum warga facebook. Aku nak kongsi pengalaman pahit hidup aku. Kisahnya bermula begini. Aku dah berkahwin dengan suamiku selama 7 tahun dan diberikan seorang anak.
Aku juga pernah diceraikan gara-gara suami aku nak berkahwin dengan ex gf nya yang merupakan anak dara terlajak usia.
Alasannya wanita itu sungguh pandai berkomunikasi dan kedua mertua aku pun berkenan dengannya. Jika dibandingkan dengan aku, yang tegas dan garang kerana boleh kata 70% urusan rumah terpikuI atas bahu aku.
Tambah lagi dengan stress sebab mertua aku suka cari salah aku walaupun dah terang-terang anak lelakinya salah. Suami aku pernah bagi syarat kepada aku dan aku syak itu adalah cadangan bernas dari keluarga dia!
Dia nak berpoIigami dan jika aku tak setuju aku boleh buat haluan sendiri. Suami aku sanggup buat keputusan yang pentingkan diri tanpa memikirkan langsung perasaan aku dan anak kami yang masih kecil.
Rasanya waktu ini keluarga mertua aku sedang bersorak bertepuk tangan dengan keretakkan rumahtangga kami.
Yaa, Akhirnya kami bercerai. Suami aku pun kahwin dengan ex merangkap anak dara tua tu. Semasa aku masih sah menjadi isteri lagi wanita itu dah selalu keluar dengan suami aku. Jadi tempat luahan suami aku tentang perangai aku.
Kononnya, dia tidak berhajat nak jadi orang ketiga tapi nak mendamaikan. Dasar penyondoI lidah memang bercabang. Ye lah pandai berkomunikasi ustazah la katakan, bertudung labuh tapi keluar berhubung wassap dengan suami orang.
Allah tu maha adil kan? Masa kau melangkah kaki bertemu dengan suami orang tu kau tak fikirkah perasaan isterinya di rumah??? Dan bagaimana jika kau berada di tempatnya???
Setelah 4 bulan pernikahan meraka. Suami aku merayu-rayu ingin kembali kepada aku dan anak. Dan dia sangat-sangat sedar bahawa jodoh pertama yang Allah beri itu sangat istimewa dan jauh lebih baik walaupun banyak kekurangannya.
Suami aku pernah kata keputusan paling bodoh yang pernah dia buat dalam hidupnya adalah berkahwin dengan wanita itu.
Ya!! wanita yang dia kejar-kejarkan sangat. Ternyata semua itu adalah lakonan dan nafsu yang membohongi manusia. Lantas suami aku menyatakan hasrat kepada wanita tersebut yang sudah jadi isterinya bahawa dia ingin mengahwini aku semula.
REAKSI wanita itu???? Dia menghubungi aku melalui wasap mengatakan dirinya dianiaya oleh AKU dan suami aku. Aku rasa sangat berang!!! Aku baIas wasap tu dengan berkata,
”kau yang menganiaya hidup kau sendiri. Kalau kau tau jaga diri kau, kau tak berhubung dengan suami orang. Kini Allah uji kau dengan meletakkan kau di tempat aku.”
Aku dituduh lagi oleh wanita itu dan keluarga mertua bahawa aku telah menghantar sihir pemisah kepada mereka supaya suami aku berasa benci padanya. Hakikatnya, doa hamba yang dizaIimi itu tiada hijab. Namun, MAGlC ITULAH YANG MEREKA TAK PERCAYA DAN SEDAR!
Aku sering berdoa dalam sujudku supaya Allah memberi hidayah kepada suamiku kembali pada aku dan anak.
Buat wanita itu, kau sendiri yang merelakan diri kau utk membina kebahagiaan atas air mata orang lain. Memang betul kezaIiman ke atas manusia lain takkan membuatkan hidup seseorang itu aman apatah lagi berumahtangga.
Akhirnya, wanita itu pun telah diceraikan dan dia juga memegang status J sama sepertimana dia telah menyebabkan aku jadi begitu. TEPAT LAH “what goes around come around”. Sekian… – Antapermana