Wanita ini didakwa menjadi hamba seks selama 14 tahun dan dirogol lebih 1000 kali oleh seorang lelaki baru-baru ini rupanya polis temui video pornografi.
Mangsa yang kini berusia 33 tahun, mendakwa dikurung sejak 2009 namun berjaya melarikan diri dengan bantuan ibunya sebelum pergi ke balai polis.
Ekaterina, memberitahu polis bahawa dia dibenarkan keluar dari bilik tidur untuk melakukan kerja rumah selain mendakwa berulang kali diseksa, juga dipukul dengan kejam kerana isu-isu kecil.
Lalu polis menggeledah rumah satu tingkat dan menemui koleksi mainan seks dan cakera padat (CD) yang mengandungi video pornografi.
Suspek yang berasal dari Rusia, Vladimir Cheskidov, 51, juga didakwa membunuh seorang wanita lain di rumah sama, pada 2011, lapor New York Post.
Cheskidov menghidap penyakit mental dan selepas keadaannya semakin teruk, dia dibawa ke hospital tempatan dan ia memberi peluang kepada Ekaterina untuk melarikan diri dari rumah itu.
Ekaterina memberitahu polis bahawa Cheskidov membawa seorang lagi banduan wanita ke dalam rumah, yang dibunuhnya selepas mereka bergaduh pada 2011.
Berikutan itu, Cheskidov menghadapi tuduhan membunuh, merogol dan menculik. Lelaki itu kini ditempatkan di institusi mental dan diletakkan di bawah pengawasan polis.