Wanita jijik jumpa tikus dalam bakso. Tular satu video di TikTok yang mendakwa bahawa hidangan bakso yang dijamah pengguna TikTok itu diperbuat daripada daging tikus.
Bakso atau bebola daging merupakan makanan ringan kegemaran di Indonesia yang banyak dijual sama ada di restoran atau gerai-gerai di tepi jalan.
Memetik laporan Suara.com, wanita itu telah memuat naik video tersebut dan menunjukkan daging yang dimakan olehnya.
Bebola daging itu tinggal sedikit sahaja lagi dan yang selebihnya sudah dimakan. Bagaimanapun, pengguna TikTok itu terus berhenti makan kerana menemui sesuatu yang ‘aneh’.
Menerusi video berdurasi 12 saat itu, dapat dilihat daging yang panjang dan bertekstur halus seperti ekor tikus.
Daging itu cuba dipotong menggunakan sudu tetapi tidak berjaya kerana ia kenyal seperti ekor haiwan.
“Beli bakso itu di Karawang. Jadi trauma nak makan bakso. Dah lah malam itu lapar sangat, makan sekali dengan nasi. Terpaksa dimuntahkan semula makanannya sampai perut kosong balik,” tulis pengguna TikTok itu.
Difahamkan, dia mahu membawa lebihan bakso tersebut ke makmal untuk melakukan pemeriksaan tetapi tidak berlaku.
“Terus geli simpan dekat dapur, terus muntahkan balik semuanya. Kalau beli lagi, kemungkinan bahannya daging yang sama ke tak ya? Saya simpan di dapur dekat tempat basuh pinggan dan agaknya suami saya sudah buang semua bakso itu,” katanya lagi.
Perkongsian video itu mengundang kekecohan dalam kalangan netizen di negara tersebut khususnya bagi penggemar bakso.
Baca Juga: Sajat bakal keluarkan lagu single ‘Lagu itu tentang’
Baca Juga: 6 petua mudah dan jimat halau tikus bermaharajalela dalam rumah