Wanita jumpa jodoh ketika raikan majlis penceraian sendiri

  • Post author:

Selepas menghadapi perkahwinan yang gagal, wanita dari Australia ini melakukan majlis untuk meraikan penceraiannya namun terjatuh cinta dengan pelayan yang diupah untuk majlis tersebut.

Percintaan mereka bermula pada Mac 2019 apabila Gabriella Landolfi, 29, memutuskan untuk mengadakan pesta bagi meraikan perceraiannya lapor laman berita Lad Bible.

Upah pelayan lelaki untuk hilangkan tekanan

Perceraian Gabriella adalah muktamad dan dia ingin berseronok bersama rakan-rakannya. Wanita itu memutuskan untuk mengupah sekumpulan pelayan lelaki tidak berbaju untuk menghilangkan tekanan.

Pada keesokan pagi selepas majlis tamat, Gabriella menerima mesej daripada John Landolfi, salah seorang pelayan itu. Mereka juga didapati mempunyai nama keluarga yang sama.

John menghantar mesej untuk memastikan Gabriella baik-baik sahaja dan hubungan mereka berkembang.

“Saya tidak pernah menjangkakan untuk menjalin hubungan dengan pelayan yang saya upah untuk majlis perceraian saya apatah lagi berkahwin dengannya.

“Tetapi apabila mengenalinya, saya dapat melihat betapa hebatnya dia. Sekarang saya mempunyai keluarga yang paling bahagia” kata Gabriella.

John mempunyai seorang anak daripada hubungan terdahulu dan teruja apabila mendapati Gabriella hamil pada Ogos 2020 namun gugur dua minggu sebelum majlis perkahwinan mereka.

Pasangan itu menjalani hidup yang sukar tetapi berjaya mengharunginya. Selepas berkahwin, mereka menyambut kelahiran seorang bayi lelaki, Matteo pada Julai 2021.

Baca Juga: Tunggu ambulan lama sangat, wanita beranak dalam kereta sorong

Baca Juga: ‘Mak guard’ tak bagi naik hantar makanan, rider terkejut kena maki bodoh dengan pelanggan