Wanita kesal kedai makan zaman sekarang banyak songeh, order guna QR tapi internet lembap -“Nak WIFI, order dulu”

Ramai yang mengetahui teknologi kini perlu digunakan bukan hanya generasi muda namun juga golongan warga tua.

Namun, begitu banyak kedai makan kini yang menggunakan sistem QR kod tanpa memikirkan kesukaran dihadapi pelanggan seperti tiada capaian internet.

Wanita ini meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya apabila dilayan sebegitu rupa oleh sebuah kedai makan kerana tidak mempunyai internet.

“Malam tadi, hampir sahaja saya tinggalkan kedai makan ini sebabnya saya tak dapat buka link dari QR Code. Capaian Celcom tak cukup kuat di area tu.”

“Sebelum saya give up, saya suruh anak tanyakan apa password untuk kedai ini. Jawapan dari pekerja disitu mengejutkan saya.”

“Nak guna WiFi, ORDER DULU.”

Individu itu turut terkejut dengan servis yang diberikan oleh pekerja disitu apabila menyatakan mahu menggunakan wifi kedai untuk tujuan memesan makanan.

Namun jawapan yang diberikan amat menyakitkan hati kerana pekerja kedai tersebut mengatakan harus memesan makanan dahulu jika mahu menggunakan capaian internet mereka.

“Kalau tak nak bagi customer guna WiFi, jangan lah pakai QR Code tu. Ambil order secara manually. Datang ke meja, ambil order. Atau, letak kertas order, pensil dan menu. Nanti dah siap tanda, mai ambik kertas tu.”

Wanita itu turut mendakwa telah memberikan nasihat kepada pekerja tersebut untuk mengubah sistem kedai kerana baginya ia bakal menjadikan kedai itu sunyi sepi dek kerana servis yang tidak bagus dan tidak mesra pelanggan.

Baca juga: “Baru bersalinkan anak sulung tiga hari lepas, harini suami dah maki-maki suruh bangun kemaskan dapur”