Wanita koma selama 26 tahun tiba-tiba melahirkan anak, habis kecoh satu hospital

Hakikatnya wanita ini telah koma selama hampir 26 tahun namun di sebalik kejadian itu wanita ini mengejutkan dunoa apabila melahirnak anak secara tiba-tiba.

Andai ada ahli keluarga koma sudah tentu mengharapkan keajaiban untuk mereka bangkit meneruskan hidup kembali.

Namun bagi kejadian di Arizona, Amerika Syarikat, berita seorang wanita koma berusia 29 tahun yang mengandung tanpa pasangan telah mengejutkan ramai.

Berlaku sekitar 4 tahun lalu, kisah itu tular kembali di laman TikTok. Difahamkan, patient berkenaan sudah ditempatkan di Pusat Rawatan Hacienda sejak tahun 1992 lagi.

Selama lebih 26 tahun, hidupnya diuruskan 100% oleh perawat di sana. Hinggalah pada 29/12/2018, dia tiba-tiba melahirkan seorang bayi tanpa sebarang komplikasi.

Pihak keluarga benar-benar terkejut. Peliknya, pekerja di sana tidak perasan kerana menganggap perut besar patient itu sebagai masalah penghadaman dan isu kenaikan berat badan sahaja.

Jadi waktu itu, mereka hanya mengambil langkah kurangkan porsi makanan harian. Bayi itu selamat dilahirkan, namun mungkin mengalami masalah tumbesaran memandangkan ibunya makan banyak ubat sepanjang terlantar.

Sampel DNA semua petugas lelaki di Hacienda segera diambil untuk disesuaikan dengan DNA bayi tadi. Keputusan ujian genetik itu diperolehi pada 22/1/2019, Nathan Sutherland yang merupakan seorang jururawat dikesan sebagai pelaku di sebalik kehamilan terbabit.

Dari 2012-2018, Nathan menguruskan wanita malang itu dan siapa sangka ia menjadi peluang untuk melampiaskan nafsu secara berulang kali. Pada Disember 2021, bapa kepada 4 orang anak itu akhirnya dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun.

Ibu bapa wanita itu kemudiannya membetulkan kenyataan bahawa anak mereka bukanlah koma. Sebaliknya mula menjadi kurang upaya akibat sawan ketika bayi.

Meskipun terlantar, dia masih mampu membuka mata dan boleh merasai sentuhan. Pusat Rawatan Hacienda kemudiannya disaman akibat faktor pengabaian, CEO utamanya meletakkan jawatan dan ia ditutup pada Februari 2019.

Baca juga: Mclaren mewah bukan milik suami Fatin Afeefa?, “Sebelum ni sakan sangat perlekeh kereta orang”-Netizen