Bawang merupakan bahan yang sangat wajib digunakan dalam masakan.
Aromanya yang enak dan memukau bakal menentukan masakan itu sedap atau tidak menggunakan bahan mudah iaitu bawang.
Di TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Aty Fared berkongsi cara yang diamalkannya untuk memastikan bawang kisar tahan lama.
Dengan menggunakan cara ini, anda boleh menyediakan stok bawang kisar terlebih dahulu dan tidak perlu mengulangi proses yang rumit setiap kali ingin memasak.
Cara penyediaan:
1. Kupas dan potong bawang
2. Masukkan bawang ke dalam pengisar dan air juga.
3. Masukkan minyak masak separuh dari jumlah air.
4. Blend kesemuanya dan simpan di dalam bekas yang kering dan bersih.
5. Akhir sekali, tabur garam di atas bawang kisar. Tak perlu gaul ya.
Menurut pemilik resepi, bawang kisar itu boleh tahan sehingga dua bulan jika dibuat menggunakan cara yang dikongsinya.
“So far Aty buat cara ni, memang tahan lama bawang kisar kami. Aty pula jenis buat sekali banyak, nak jimat masa dan tenaga.
“Lagi satu masa kisar tu jangan letak air banyak sangat. Asalkan boleh kisar saja. Dulu orang pernah tanya, letak garam tu, nanti masak masin tak?
“Jawapannya tak. Letak sesudu kecil je kat permukaan. Sikit je. Takkan jadi masin pun. Ia akan mendap slowly dalam tu. Harap tip ini membantu korang nak puasa ni,” ujarnya lagi.
Baca juga: Jackpot! Lelaki jadi jutawan ‘express’, terpijak syiling emas berusia lebih 700 tahun di ladang