Wanita kongsi cara mudah buat Udang Butter Nestum, lagi sedap bila dapat ratah

Makan besar Tahun Baru Cina tentunya lebih meriah dengan hidangan seperti Resipi Udang Butter Nestum yang dikongsi oleh saudari Rosni Musa. Hidangan ini sungguh sedap dan pasti dapat membuka selera.

Terutamanya apabila menggunakan udang yang bersaiz besar atau pun XL pasti lebih memuaskan. Bagi anda yang mempunyai stok udang dalam peti sejuk boleh mencuba resepi ini.

Cara buat Udang Butter Nestum:

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2kg udang- seeloknya guna udang bersaiz besar
  • 3 sudu makan mentega 
  • 2 ulas bawang putih – cincang
  • 2 biji cili api – racik
  • Tepung jagung 
  • 1 mangkuk kecil nestum 
  • Lada sulah 
  • 2-3 tangkai daun kari 

Cara-caranya:

Letakkan udang dalam bekas dan taburkan garam, lada sulah, dan tepung jagung. Gaul rata sehingga semua bahan tercampur dengan rata.

Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Goreng udang sekejap sahaja dengan menggunakan api besar. Angkat udang dari minyak panas dan toskan untuk menghilangkan lebihan minyak.

Dalam kuali lain, panaskan mentega dan masukkan cili api, daun kari serta bawang putih. Tumiskan.

Masukkan nestum serta perencah. Jangan lupa garam dan gula.

Akhir sekali, masukkan udang dan kacau hingga diselaputi oleh nestum.

Selamat mencuba!

Baca juga: Jackpot! Syarikat tawar RM359,818 untuk pekerja jika boleh beri lebih banyak anak