Wanita kongsi lima sebab kena dengar cakap tuan rumah apabila pergi beraya

  • Post author:

Wanita kongsi lima sebab kena dengar cakap tuan rumah apabila beraya. SOP tahun ini membenarkan kita kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara, jadi hormatilah tuan rumah dan dengarlah cakap mereka.

Mimi Aswara (@wvgif) menerusi bebenang di Twitter miliknya berkongsi lima sebab kenapa anda kena dengar cakap tuan rumah bila dia kata ‘Eh tak payah susah-susah, biar je kat situ’.

1 Dapur tempat tersorok

Ada kalanya anak bujang tuan rumah tengah sedap makan ketupat dengan muka belum mandi dan bertuala.

2 Dapur selalu jadi tempat last minute sorok benda-benda dari pandangan tetamu,

Contohnya macam baju kelawar, spender, plastik sampah dan bantal busuk.

3 Tuan rumah ada cara tersendiri basuh pinggan

Kalau awak basuh cukup syarat sebab tak nak baju kotor, takut pinggan masih bau hanyir.

4-Sinki mungkin dah penuh dengan periuk belanga

Kalau awak masuk dapur dan letak pinggan mangkuk kotor dalam sinki, lagi susah kerja basuh pinggan.

5-Tak, sekarang ni siapa tuan rumah?

Tuan rumah kata tak payah, tak payahlah. Amboi, kat rumah orang pulak nak tunjuk rajin ya?

Kita ni kadangkala tak sedar, niat kita mungkin tidak mahu menyusahkan tuan rumah namun dalam tidak segar kita menyebabkan tuan rumah rasa segan. Tuan rumah mungkin baru siap masak dan tak sempat lagi nak basuh periuk yang digunakan

pastinya kita juga akan risau dan keliru sama ada nak tolong basuhkan sekali semua pinggan yang ada di dapur juga atau tidak.

Jadi bila pergi berkunjung ke rumah orang, andai kata tuan rumah kata tinggal je pinggan, maka tinggalah pinggan anda. Jangan buat rajin kalau kat rumah mak juga yang basuh pinggan.

Baca Juga: Wanita ambil lebih banyak masa ketika isi minyak berbanding lelaki, betul ke?

Baca Juga: Sukar nak kerjasama dengan pihak yang dah ‘conteng arang’ pada PH