Wanita kongsi rakaman ‘jeritan dari kubur’, meremang bila ingat suara sayup-sayup seolah minta tolong

“Saya jadi gementar dan takut sepanjang perjalanan pulang ke rumah kerana teringat apa yang didengari itu,” kata Najwa Mat Rasid, 33.

Wanita tersebut memberikan reaksi itu ketika menceritakan kembali pengalamannya di Tanah Perkuburan Islam Sungai Merab Luar, di mana dia mendakwa mendengar suara seolah-olah ada jeritan manusia.

Dia juga turut berkesempatan berkongsi rakaman video tersebut hingga tular di media sosial.

Menurutnya, suara itu didengari pada waktu petang menjelang senja, bahkan ketika itu dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumah setelah menziarahi pusara ibunya.

“Saya tidak berseorangan ke sana kerana bersama kakak serta anak kami.

“Ketika nak ke pagar kubur, saya dikejutkan dengan suara jeritan itu… ia tidaklah kuat… sayup saja.

“Bagi mendapat kepastian, saya tanya kakak dan dia (kakak) juga dengar suara itu,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, video itu dirakam untuk simpanan dan dikongsikan di TikTok baru-baru ini untuk melihat reaksi orang ramai selain pandangan mereka selepas menontonnya.

@najwanaajiah

tak tahu bunyi apa? ada yang tau bunyi apa?? 😥😥😥 #tanahkubur #bunyipelik #2024

♬ original sound – SPcreative – SPcreative

“Antara komen diterima adalah daripada mereka yang tinggal berdekatan tanah perkuburan, yang mengatakan pernah dengar suara seolah jeritan manusia, tak lama selepas jenazah dikebumikan.

“Ada juga yang tidak percaya dan kata mungkin betul apa saya dengar itu atau mungkin juga bukan suara manusia tapi haiwan.

“Terpulang kepada tafsiran mereka yang menonton, cuma secara peribadi, saya jadikan apa yang berlaku itu sebagai peringatan untuk lebih mengingati kematian,” katanya.

Baca juga: “Benci betul tengok kak ipar kuat melantak, dah la tumpang rumah mak ayah aku”