Wanita kongsi resepi sambal bilis atuk, akui lebih sedap jika tambah santan..lagi terkejut bila ramai dah cuba!

Ramai yang amat menyukai hidangan nasi lemak untuk dijadikan sarapan pada pagi hari bukan?

Ini disebabkan hidangannya yang boleh menambah selera kerana disaji dengan pelbagai bahan iaitu sambal tumis, telur, kacang ikan bilis dan nasinya yang harum.

Di TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Fie Safwan berkongsi resipi nasi lemak yang diturunkan oleh arwah datuknya.

Fie menjelaskan bahawa datuknya selalunya menambahkan sedikit santan ketika memasak sambal nasi lemak untuk memberikan rasa yang lebih lemak.

Bagi nasi, Fie akan menaburkan biji halba untuk meningkatkan aromanya dan pada masa yang sama memberikan hidangan itu bau yang lebih harum.

@fie_safwan

Rahsia sambal nasi lemak sedap dan power. Suami makan bertambah2.. ni resipi dari arwah atok fie #fyp #fyqaglobal #sambalnasilemak #nasilemak #sambalsedap #sambalnasilemaksedap

♬ Ghibli-style nostalgic waltz – MaSssuguMusic

Antara bahan yang perlu ada dalam penyediaan sambal nasi lemak adalah bawang merah, sedikit bawang putih, cili, belacan, gula, garam, dan ikan bilis.

“Rahsia sambal nasi lemak sedap. Ini resipi daripada arwah atok Fie. Letak sikit santan supaya sambal rasa sedap dan berlemak. Masak sambal garing-garing.

“Untuk masak sambal, minyak kena lehih supaya cili betul-betul masak. Nanti masa nak letak dalam pinggan untuk hidang, jangan kaut dengan minyak sekali. “Ni memang nasi lemak kegemaran suami dan anak-anak Fie. Nasi pula Fie letak biji halba. Memang bau wangi. Menu nasi lemak paling mudah sebab daripada pagi sampai malam boleh makan. Tak perlu masak lagi dah,” ujarnya.

Menjengah ruangan komen di TikTok, ramai netizen turut mengakui kesedapan resipi peninggalan arwah datuk Fie yang menggunakan santan.

“Sambal nasi lemak kalau letak santan memang marvelous.

“Petua letak santan tu betul sis. Sambal memang sedap letak sikit santan.

“Saya dah cuba. Suami dan keluarga cakap sedap,” tulis netizen.

Baca juga: Malu biji kolesterol tumbuh mencanak macam cendawan! Berhenti picit, ini cara hilangkan tanpa ‘koyak’ poket