Wanita lahirkan 9 bayi kembar serentak! Pecah rekod dunia

Wanita dari Mali ini terkejut apabila melahirkan sembilan bayi kembar secara pembedahan di sebuah bandar pelabuhan di Casablanca, Maghribi, lapor The Indian Express.

Haliam Cisse melahirkan lima bayi perempuan dan empat bayi lelaki.

Guinness World Records telah memuat naik gambar Haliam, suaminya dan juga anak-anaknya yang kelihatan sihat.

“Saya melahirkan sembilan bayi, lima perempuan dan empat lelaki,” kata Halima dalam bahasa Perancis.

“Kami ingatkan hanya tujuh orang, namun Allah telah memberkati kami dengan sembilan bayi. Pada mulanya kami tidak tahu, sehinggalah kami tiba di klinik Maghribi.

“Semasa pembedahan, kami mendapati bahawa kami bakal mendapat sembilan orang kembar bukannya tujuh,” kata Abdelkader Arby suami kepada Halima.

Sembilan bayi kembar itu bernama Adama, Oumou, Hawa, Kadidia, Fatouma, Oumar, Elhadji, Bah dan Mohammaed VI Cisse.

“Pada awalnya, doktor di Mali menyangka Halima mengandung tujuh orang anak kembar, namun selepas kerajaan Mali menerbangkannya di klinik Pakar Maghribi dua bayi lagi telah ditemui,” kata Guinness World Records dalam satu ulasannya.

Nonuplet sangat jarang berlaku dan tiada kes yang direkodkan bagi kelahiran sembilan bayi dalam satu kelahiran tunggal yang masih hidup selama lebih daripada beberapa jam.

Kelompok nonuplet dari Mali yang terkenal itu telah menyambut kelahiran pertama mereka pada 4 Mei lalu. Rekod sebelum ini dipegang oleh lapan bayi yang dilahirkan oleh Nadya Suleman di Amerika Syarikat pada tahun 2009.

Baca juga: “Bisik-bisik sebelum beli ikan”- Pasar Bisik ini terkenal dengan cara membida harga dengan cara berbisik