Seorang wanita di Kanada berhasrat untuk menyewakan separuh katilnya melalui satu iklan yang menjadi viral di internet, seperti yang dilaporkan oleh saluran televisyen NDTV hari ini.
Pada bulan lepas, seorang ejen hartanah Toronto bernama Anya Ettinger membuat satu hantaran di laman Marketplace Facebook.
Iklan tersebut memperlihatkan seseorang yang ingin menyewakan separuh katil saiz ‘Queen’ dengan harga 900 dolar Kanada (RM3,099) sebulan.
“Mencari wanita tidak cerewet untuk berkongsi bilik tidur utama dan satu katil saiz Queen,” demikian menurut hantaran itu yang kini dipadamkan.
Seorang pengguna media sosial yang melihat iklan tersebut berkata: “Bukan sahaja tidak masuk akal, tetapi dia seolah-olah mencari pengganti. Ini menunjukkan bahawa ada orang yang menganggap idea ini wajar dan bersedia menyewa separuh katilnya.”
Seorang lagi netizen memberitahu: “Ia dapat mengubat kesunyian dan itu adalah salah satu manfaatnya”.
Kos sewa hartanah satu bilik purata di Toronto adalah kira-kira 2,614 dolar Kanada (RM8,939) sebulan.
Baca juga: Senang buat popcorn sendiri kat rumah, jajan paling ‘simple’ nak kunyah..guna 5 bahan je