Wanita mengaku ‘nabi wanita pertama’, pakai baju menjolok mata duduk atas sejadah

Wanita mengaku ‘nabi wanita pertama’, pakai baju menjolok mata duduk atas sejadah. Tular di Tiktok seorang pengguna wanita muat naik kandungan menghina agama Islam sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Tidak cukup sebelum ini isu wanita mengaku hafal Al-Quran namun buka baju di khalayak ramai, lelaki hina agama di TikTok kini muncul pula wanita yang mengaku diri nabi dan dilihat memakai kostum sambil memegang Al-Quran di atas sejadah.

Menerusi video-video yang dimuat naik, hampir semuanya memaparkan wanita itu bertudung namun berpakaian kurang sopan seperti ‘dress‘ pendek atau berpakaian ketat sehingga menampakkan bentuk ‘aset’ lapor BeautifulNara.

Netizen dari Malaysia mula meluahkan rasa marah akibat penghinaan yang dilakukan wanita Arab itu sehingga wujud gerakan untuk melumpuhkan akaun TikTok miliknya.

Menerusi hantaran di laman Facebook, seorang pengguna telah menggesa orang ramai agar melaporkan akaun tersebut kepada pihak TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berang dengan sikap wanita itu yang langsung tidak menghormati agama Islam.

Pernah disekat, wanita itu dikatakan membuat akaun baru dan memuatnaik hantaran berbaur penghinaan kepada Islam.

“Dah report lepas tu dia buat account lain pula. Tak jemu report,” komen netizen.

“Dia Islam ke?? Nauzubillahhiminzaliq.. macam-macam lah manusia sekarang ni..” tulis seorang pengguna Facebook.

Baca Juga: Pasangan dera anak angkat sebab enggan makan nasi bakal didakwa

Baca Juga: Rahsia 43 tahun simpan duit terbongkar selepas jemaah haji disangka tidur rupanya mati dalam ihram