Wanita mengandung tiga bulan dibunuh suami ketika bergaduh di lebuh raya

Wanita yang juga YouTuber terkenal Arab Saudi-Amerika Syarikat (AS) maut ditikam di Hawaii, Amerika Syarikat selepas didakwa bergaduh dengan suaminya yang juga anggota Tentera Marin AS, minggu lalu.

Menurut sumber, sebelum tragedi itu, mangsa dikatakan mengadu mengenai mengalami masalah penderaan dan merayu bantuan beberapa kali, tetapi tidak berjaya.

Alotaibi sangat aktif di platform media sosial, termasuk TikTok dengan lebih 77,000 pengikut dan menerima 518,700 tanda suka.

Dia juga mempunyai 81,800 pengikut di salauran Youtube miliknya.

Maut selepas ditikam beberapa kali

Dana Alotaibi yang berusia 27 tahun serta mengandung tiga bulan didakwa dibunuh oleh suaminya ketika pertengkaran di lebuh raya yang sibuk.

Gulf News melaporkan Alotaibi maut akibat ditikam beberapa kali oleh suaminya itu di Lebuhraya H-3, Hawaii pada malam Rabu lalu.

Suspek cuba cederakan diri sendiri, namun tetap ditahan

Susulan kejadian, si suami dilaporkan melarikan diri dan kemudian menggunakan senjata pembunuhan itu untuk mencederakan dirinya sendiri.

Dia ditahan tidak lama selepas kejadian dan dibawa ke pusat perubatan untuk menerima rawatan bagi kecederaannya.

Alotaibi juga dipindahkan ke hospital kawasan berhampiran tetapi disahkan meninggal dunia akibat kecederaannya, kira-kira dua jam selepas serangan itu.

Dalam pada itu, media AS melaporkan suaminya itu, Tejeda-Castillo kini berdepan dakwaan di mahkamah atas pertuduhan berkaitan membunuh.

Baca Juga: Wanita pangku anak atas pelamin, teman suami sanding dengan bini baru

Baca Juga: Tiktoker ini ajar 4 fungsi seatbelt kereta yang boleh selamatkan nyawa