Wanita nekad lompat masuk dapur McDonald untuk masak sendiri, staf tak boleh masak sebab kehabisan sarung tangan

Wanita nekad lompat masuk dapur McDonald untuk masak sendiri, staf tak boleh masak sebab kehabisan sarung tangan. Wanita tersebut yang juga peminat tegar rangkaian makanan segera itu melompat masuk ke bahagian dapur menerusi tingkap pandu lalu untuk memasak makanannya sendiri.

Minta kebenaran pengurus sebelum masak

Video kejadian yang berlaku di London itu tular di TikTok selepas disiarkan oleh pengguna, @greergreer. Menerusi klip video berkenaan yang mencatatkan hampir 682,000 tontonan dan lebih 120,000 tanda suka setakat ini, wanita itu meminta kebenaran pengurus restoran untuk menyediakan pesanannya sendiri.

Dia berkata, wanita itu bertindak sedemikian kerana restoran makanan segera itu enggan menerima tempahan disebabkan kehabisan sarung tangan pakai buang yang merupakan polisi kesihatannya lapor akhbar Daily Star UK.

Kakitangan restoran McDonald’s berkenaan terkejut apabila wanita yang memakai gaun merah jambu dan berkasut tumit tinggi itu memanjat melalui tingkap dan segera menuju ke bahagian dapur.

Video tersebut menerima komen daripada pengguna media sosial yang berharap wanita itu mendapat hidangan yang diingini memandangkan kesungguhan yang ditunjukkannya. – Agensi

Baca Juga: Ibu tergamak jual anak sendiri dengan harga RM15,000 untuk bayar kos bedah hidung

Baca Juga: Malaysia tidak akan bankrap, paras hutang masih terkawal – Menteri Kewangan