Wanita rekod lelaki miang cuba meraba kakinya dalam kereta api, tak tahu malu betul. Tular video mengenai isu seorang gadis di Indonesia dipercayai diganggu oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika dia berada dalam kereta api.
Berdasarkan video yang dikongsikan di Twitter, gadis yang dikenali sebagai Sela mendakwa dia baru sahaja duduk di dalam sebuah kereta api.
Terkejut, kaku, tak mampu buat apa-apa
Bagaimanapun tidak lama selepas itu, dia terkejut apabila melihat penumpang di sebelahnya yang cuba mengusik pehanya berulang kali.
Meskipun pada awalnya dia cuba berfikiran positif dan menyangka bahawa mungkin lelaki terbabit tidak sengaja, namun individu berkenaan tetap mengusik pehanya tanpa rasa bersalah.
“Awal-awal ingatkan dia tak sengaja tapi asal makin lama makin kerap pula. Kalau aku gerak mesti tangan dia akan ikut juga.
“Aku sampai kaku tak boleh nak buat apa-apa. Rasa jari dia naik turun peha aku. Rasa nak jerit tapi tak boleh. Lepas aku tegur dia masih buat juga. Akhirnya aku buat laporan untuk pindah seat,” ujarnya.
Anjing! pic.twitter.com/9kCJVc3aC9
— Selaaaaa🌻~ (@Selasarabu_) June 19, 2022
Difahamkan, dia telah melaporkan perkara berkenaan kepada pihak syarikat kereta api terbabit serta meminta agar tempat duduknya ditukarkan kerana berasa tidak selesa.
“Video yang cik hantarkan tadi tu kami boleh serahkan kepada pihak polis kerana bukti dah kukuh. Sekali lagi saya minta maaf atas kejadian yang berlaku kepada cik.”
Dalam pada itu, gadis terbabit telah mendapatkan nama penuh lelaki berkenaan yang merupakan seorang pelajar di sebuah universiti di Indonesia.
Walau bagaimanapun, dia enggan mendedahkan nama dan hanya menginginkan individu itu tampil untuk memohon maaf serta berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Saya dah tegur dah dia pertama kali tu saya cakap ‘encik maaf’ sambil saya tunjuk tangan dia. Lepas tu dia tarik tangan dia tapi lepas tu sama je.
Zaman sekarang nak pergi mana-mana pun dah tak selamat. Mungkin kena belajar seni pertahankan diri lepas ni.
Baca Juga: ADUN Johor cadang kerja hanya 4 hari seminggu
Baca Juga: Kenapa boleh luluskan babak haram, drama Melayu ini dihujani kecaman orang ramai