Wanita sebak lihat budak darjah 6 ponteng sekolah sebab nak bantu keluarga

  • Post author:

Wanita sebak lihat budak darjah 6 ponteng sekolah sebab nak bantu keluarga. Ketika budak seusianya sedang sibuk bermain di padang permainan, budak ini berpanasan membantu ayahnya menjual dari rumah ke rumah.

Menurut perkongsian seorang pengguna Facebook yang dikenali Rosmaliana Roslan berkongsi mengenai seorang budak yang tidak jemu memberi salam di hadapan pagar rumahnya untuk menjual cendawan tiram.

Difahamkan budak tersebut dikatakan sedang membantu ayahnya menjual cendawan dari rumah ke rumah. Wanita tersebut dikatakan tidak berniat untuk membeli barang yang dijual namun kasihan melihat budak tersebut.

Terlalu kasihan sehingga jemput makan

“Saya buka pagar dan lihat air mukanya, Ya Allah kasihan. Saya terus tanya dah makan belum dan bila dia menjawab belum, saya terus pelawanya masuk dan berinya makan Kuey Teow goreng.

Ayah kerja RELA, ibu kerja di Pahang

Ketika makan, budak tersebut juga menjawab soalan yang di ajukan wanita tersebut. Budak tersebut dikatakan tinggal di Cahaya Baru. Ayahnya kerja Rela, maknya pula kerja di Pahang dan hanya balik seminggu sekali.

Dia juga memaklumkan adiknya yang darjah 5 juga jual cendawan tetapi di kawasan lain. Bapa budak tersebut dikatakan memintanya dan adiknya untuk bercuti dan membantu menjual cendawan.

“Allahuakhbar, umur lebih kurang anak saya, tetapi sudah berkorban membantu keluarga.

“Mungkin Allah sedang menguji keluarga ini, tetapi dalam sedar Allah sedang menguji saya juga. Kadang Allah nak uji kita melalui orang lain,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat kegigihan kanak-kanak tersebut dalam membantu keluarga mencari sumber pendapatan.

Netizen juga mendoakan agar budak lelaki itu dan keluarganya dimurahkan rezeki seperti air zam-zam yang sentiasa mengalir dan tak pernah putus.

Baca Juga: Habiskan RM40,000 beli dron untuk jaga dusun durian

Baca Juga: Khairulaming dipuji pandai hargai staf bawa cuti ke Genting Highland, siap duit poket