Wanita serang majlis perkahwinan bekas kekasih, kecewa hubungan tak direstui dua keluarga. Wanita tersebut datang ke majlis dengan memakai baju pengantin untuk menghalang majlis daripada terus berlansung.
Menurut laman berita Berita Hits, kejadian di bandar Baoji dalam wilayah Shaanxi itu, pengantin lelaki yang hanya dikenali sebagai Zhang tiba lebih awal pada majlis perkahwinannya untuk membantu dekorasi serta menyusun kerusi dan meja.
Tidak lama kemudian, tetamu mula hadir dengan ramai menyampaikan ucapan tahniah buat pengantin.
Bagaimanapun, ketika acara berlangsung dengan lancar, para tetamu terkejut melihat kehadiran seorang wanita lain yang turut memakai gaun pengantin.
Wanita itu berdiri dari jauh sambil memandang tepat ke arah pengantin lelaki dengan riak marah dan kecewa.
Bekas kekasih cuba menghalang majlis
“Saya berada di sini hari ini, jadi perkahwinan ini tidak boleh berlangsung,” jerit wanita berkenaan.
Selepas diselidiki, wanita itu sebenarnya bekas kekasih kepada pengantin lelaki.
Keluarga penyebab berpisah
Mereka dikatakan sudah lama menjalin hubungan cinta tetapi berpisah disebabkan keluarga masing-masing gagal mencapai kata sepakat mengenai hal perkahwinan.
Pada ketika itu, Zhang dilaporkan mula bercinta dengan wanita lain yang merupakan pengantin perempuan sebenar dan memutuskan hubungannya dengan kekasih lamanya.
Kerana marah dan kecewa, wanita tersebut hadir untuk mengganggu majlis perkahwinan Zhang.
Tidak dinyatakan sama ada acara perkahwinan Zhang dengan calon isterinya itu tetap diteruskan atau sebaliknya. – Agensi
Baca Juga: Tak boleh terima hakikat lamaran ditolak, lelaki sembelih wanita depan universiti
Baca Juga: Dari aparment ke rumah teres, keinginan tertunda yang mudahkan perancangan