Wanita tergamak bunuh bayi sendiri hanya sebab tak tahan dengar tangisan

  • Post author:

Wanita tergamak bunuh bayi sendiri hanya sebab tak tahan dengar tangisan. Seorang wanita di Indonesia disyaki melakukan kekerasan terhadap bayinya hingga meninggal dunia kerana tidak tahan mendengar tangisan.

Tribunnews melaporkan, bayi berusia lima bulan ditemukan meninggal dunia di rumahnya dekat Wonocolo, Indonesia pada malam Sabtu lalu.

Penemuan mayat mangsa dilaporkan neneknya yang tidak tahan dengan bau busuk, ketika ditemui bayi tersebut dijangka sudah mati 3 hari lalu disebabkan tubuhnya yang sudah bertukar hitam.

Pesuruhjaya Polis, Roycke berkata, suspek, Eka Sari Yuni Hartini, 26, dan suaminya ditahan beberapa jam selepas mayat anak mereka ditemui.

“Hasil siasatan mendapati terdapat bekas luka pada beberapa tubuh mangsa dari belakang kepala hingga punggung.

“Ia hasil pemeriksaan pasukan forensik polis Surabaya pada Sabtu lalu.

“Bukan sekali, namun berulang kali suspek melakukan kekerasan terhadap mangsa sehingga meninggal dunia pada 21 Jun cuma dilaporkan neneknya 25 Jun lalu,” katanya.

Suami tidak tahu isteri bunuh anak

Menurut Roycke, suspek disyaki melakukan perbuatan itu jam 4 petang selepas memandikan mangsa. Nenek mangsa dikatakan tahu mengenai perbuatan anaknya namun diugut bunuh jika laporkan.

Siasatan mendapati suami suspek tidak tahu perbuatan isterinya itu.

“Belum ada maklumat suami mangsa terbabit atau bersubahat. Suaminya tidak tahu.

“Manakala, nenek mangsa tahu namun diancam bunuh jika membongkarkan perbuatan itu,” katanya.

Berikutan kesalahan itu, suspek didakwa mengikut Fasal 80 Ayat 3 UU RI No, 35 tahun 2002 berkaitan perubahan UU No 23 tahun 2002 dan Perlindungan Anak dan atau Fasal 44 Ayat 3 dan 4, UU RI 23 2001 berkaitan penghapusan kekerasan dalam rumah tangga.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan atau minimum 15 tahun,” katanya.

Kalau anak sudah besar, dia mampu fikir sendiri. Tetapi kalau masih bayi apalah dosa dia. Anda sebagai ibu bapa yang perlu bertanggungjawab. Bayi tidak akan menangis tanpa sebab.

Baca Juga: Tak tahan didera keluarga angkat, remaja nekad larikan diri ke balai polis

Baca Juga: Comel pun awak tetap kena goreng, reaksi wanita ini buat warganet terhibur