Seorang wanita yang juga seorang pengantin terkejut setelah menerima wang salam kaut daripada salah seorang tetamu yang hadir ke majlisnya, rupanya duit fotokopi.
Dalam satu majis wanita bernama Nuriaraziz menunjukkan helaian wang kertas palsu bernominasi 50,000 rupiah (RM15.13) yang diletakkan di dalam sampul.
Video itu telah yang dikongsikan di laman TikTok, petik laporan portal berita Wolipop.
Menurut video tersebut terdapat sehelai kertas putih yang mempunyai empat salinan fotokopi wang kertas tersebut di atasnya.
“Hidup sudah terlalu penat, tiba-tiba ada juga manusia yang memberikan wang fotokopi,” demikian menurut keterangan video tersebut.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.
“Lebih baik daripada mendapat sampul kosong. Namun, ini sangat lucu,” kata seorang netizen.
“Ketika saya berkahwin dahulu, ada yang memberikan resit perubatan dalam sampul,” kata pengguna lain.
Duit salam kaut adalah satu pemberian ikhlas berbentuk wang dari tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan kepada tuan rumah.
Budaya ini sudah lama menjadi tradisi dalam setiap majlis masyarakat Melayu sama ada di Malaysia mahupun di Indonesia.
Namun, ada segelintir yang merasakan adat duit salam kaut ini sebagai satu beban sehingga ada yang memberi sampul kosong atau memberi alasan tidak dapat menghadiri kenduri tersebut.
Baca juga: Rumah berhantu di Klang dijual lagi murah daripada Iphone, RM3,355 sahaja