“Wany Hasrita makin merapu”

Apa dah jadi dengan Wany Hasrita? Lagu makin pelik dan merapu! Itulah tanggapan peminat terhadap artis berhijab ini.

Ibu kepada seorang anak ini dikritik kerana seolah-olah terdesak nak keluarkan lagu baru tanpa memelih kualiti.

Nama Wany Hasrita tidak asing dalam industri muzik tanah air. Namanya meningkat naik menerusi hits ‘Menahan Rindu’.

Lagu yang memberikan kegemilangan kepada kariernya sehingga dia tercalon dalam final Anugerah Juara Lagu.

Lagu itu juga membantunya meraih undi peminat untuk memenangi Anugerah Penyanyi Wanita Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018.

Dan kini, Wany Hasrita dilihat cuba bereksperimentasi dengan muziknya menerusi lagu baharun ‘Madu Dua’ yang baru sahaja dilancarkan.

Lagu tersebut berentak ‘catchy’ dan lirik yang agak sinis. Tetapi malangnya sambutan peminat kali ini tidak begitu baik.

Rata rata peminat Wany Hasrita menganggap konsep dan lagu tersebut tidak sesuai dengan penyanyi itu.

Ada yang menyatakan lagu seperti itu sesuai untuk artis seperti Ayda Jebat atau Baby Shima namun bukannya Wany Hasrita yang selalu mendendangkan lagu balada.

Peminat mahu Wany Hasrita era ‘Menahan Rindu’ yang dulu, bukannya versi yang dianggap mirip kepada Iman Troye.

Seorang lagi menulis: “Makin pelik lagu Wany.”

Ada juga yang menganggap lagu Wany Hasrita ini menambah lagi koleksi lagu lagu merapu pada hari ini.

Mell menulis: “Hadoii, makin merapu lagu lagu sekarang.”

Seorang lagi menegaskan: “Lagu macam ini bagi kat Nabila Razali je la nyanyi. Wany Hasrita ni vibes muslimah atau irama asli.”

Baca: Agensi kerajaan dikecam kurang cakna! Enggan bantu warga emas bayar guna kad, terpaksa kesana sini minta bantuan orang lain