Warga emas ditemui mati dalam rumah berkunci

Warga emas ditemui mati dalam rumah berkunci. Dikatakan bahawa mayat tersebut ditemui di dalam sebuah bilik selepas bomba berjaya membuka pintu yang terkunci dari dalam rumah.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dikejutkan dengan penemuan mayat wanita warga emas ketika membantu membuka pintu yang terkunci dari dalam di rumah di kawasan perumahan Puncak Bougainvilla lapor Berita Harian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 9.36 malam tadi dengan anggota dari BBP Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi bagi menjalankan khidmat khas pecah pintu.

Katanya, warga emas terbabit yang identitinya dikenal pasti oleh pihak bomba sebagai Nor Khalili Abd Halim, 64, ditemukan di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan serta disahkan sudah meninggal dunia ketika dijumpai.

“Mangsa dipercayai terkunci dalam rumah dan ditemui di dalam bilik. Kematian mangsa disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya, mayat kemudian diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya sebelum operasi pihak bomba ditamatkan jam 10.17 malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi berkata, polis masih di tempat kejadian bagi menjalankan siasatan berhubung penemuan mayat itu.

“Siasatan sedang dijalankan. Akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Baca Juga: Ibu tergamak jual anak sendiri dengan harga RM15,000 untuk bayar kos bedah hidung

Baca Juga: ‘Tinggalkanlah parti’, tangisan Wan Azizah di kongres PKR, kecewa kerana musuh dalam selimut