Warga emas ini pernah berkahwin 87 kali sehingga digelar ‘Raja Playboy’

Sememangnya cinta itu buta. Siapa sangka ramai wanita yang jatuh cinta, tergila-gilakan lelaki ini dan ingin berkahwin dengannya.

Seorang warga emas dari Majalengka, wilayah Jawa Barat digelar ‘Raja Playboy’ kerana pernah berkahwin sebanyak 87 kali, lapor laman berita Tribunnews.

Lelaki hanya dikenali sebagai Kaan, 61, itu mengaku sedang merancang untuk perkahwinannya yang ke-88 dengan salah seorang bekas isterinya.

Menurut Kaan, dia tidak dapat menolak bekas isterinya itu untuk kembali kepadanya kerana wanita berkenaan amat ‘tergila-gilakannya’.

Tambah Kaan yang bekerja sebagai petani, dia mula berkahwin sejak berusia 14 tahun dan gadis pertama yang dinikahinya berusia 16 tahun.

Menurutnya, disebabkan sikapnya yang kurang baik ketika itu, isterinya meminta agar dia diceraikan selepas perkahwinan mereka bertahan selama dua tahun.

Disebabkan peristiwa tersebut, Kaan mengaku berasa marah kepada bekas isterinya justeru, dia mencari ilmu ‘kerohanian’ untuk membuatkan ramai wanita jatuh cinta kepadanya.

Baca juga: Isteri wajib bawa pinggan ‘Tom and Jerry’ bila balik kampung sampai sanggup patah balik jika tertinggal, rupanya ada kisah di sebalik pinggan itu