Warga emas terpinga-pinga selepas barang dapur diambil semula, rupanya wanita ini berlakon semata-mata ‘content’

Warga emas terpinga-pinga selepas barang dapur diambil semula oleh seorang wanita rupa-rupanya hanya berlakon semata-mata sebuah ‘content’.

Aksi seorang wanita berpura-pura memberi bungkusan barang keperluan kepada seorang warga emas mengundang kecaman netizen apabila dia didapati berbuat kebaikan demi kandungan media sosial.

Video tular itu menunjukkan seorang wanita berbaju kuning menghampiri warga emas yang sedang duduk di tepi rumahnya.

Malangnya, barang bungkusan berupa barang keperluan dapur diserahkan kepada warga emas tersebut sambil merakam aksi itu menggunakan telefon bimbit.

Kemudian wanita berkenaan turut mengarahkan warga emas itu supaya tersenyum ke arah kamera.

Selepas semuanya selesai, wanita sama mengambil kembali bungkusan tersebut lantas berlalu pergi, meninggalkan warga emas itu dalam keadaan terpinga-pinga, lapor Tribunnews.

Video itu menjadi tular dan menerima kecaman orang ramai yang mengkritik wanita tersebut.

“Hairan dengan orang zaman sekarang. Mereka melakukan sesuatu tetapi hanya untuk tujuan ‘content’,” kata seorang netizen.

“Tiada adab. Sudah hilangkah hati nurani anda?” kata netizen lain.

Baca juga: Pasangan intim jual bayi usia 3 hari di FB hasil hubungan terlarang