Ketua Pemuda Pas Malaysia, Khairil Nizam harini dikecam teruk oleh netizen kerana menyiarkan poster berkaitan insiden kemalangan MRT semalam.
Poster yang berlatarbelakang mangsa insiden tersebut seolah tidak menjaga sensitiviti keadaan mangsa sekarang.
Khairulnizam Bakeri menulis, “Orang cedera sampai menitis darah kat lantai LRT, tergamak kau edit letak gambar sendiri sebesar-besar alam kat poster. Manusia jenis apa kau ni.”
Abdul Hakim Zakaria juga menambah, “sape laa yg buat poster ni.. tak menjaga sensitiviti lgsg.. nak jugak menempel saat2 org awam ditimpa musibah.. Allahu..”
Azwan Bin Omar pula berkata “Tak sensitif pada mangsa dan keluarga mangsa! Tolong pecat pegawai media saudara!”
Aizat Razali menulis “Ucapan itu baik. Cuma designer buat poster yang takde sensitiviti terhadap mangsa. Designer cap ayam barangkali”
Setakat berita ini ditulis, poster ini mendapat 170 komen yang majoritinya mengecam poster yang dimuatnaik.